Friday, September 3, 2010

Untitled 1.1

Cahaya matahari sudah terpancar dikala mataku masih lagi belum boleh terpejam. Aku menghirup kopiku yang masih lagi tidak luak. Ya, kopi malam tadi yang aku beli. Aku cuba untuk memejamkan mataku dan menumpukan sepenuh perhatianku untuk tidur.
"Arghh!!"
"Ape halnye ni. Ish!"
Aku tidak pasti apa yang sedang aku fikirkan. Apa yang aku persoalkan di dalam benakku. Apa jawapan yang aku cuba cari di dalam fikiranku. Aku benar-benar keliru.
Matahari sudah mula memanjat tingkat awan dan sinarannya sudah mula memeritkan mataku yang kering lesu.

..zzzzz ( to be continued )

p/s: juz a draft

Thursday, August 19, 2010

Untitled 1.0

Aku sendiri pun kadang-kadang tidak tahu apa yang aku peningkan. Ada sahaja benda yang aku fikirkan. Masa depan terutamanya. Kenapa orang lain sibuk tentang masa depan aku, sedangkan masa depan aku di tangan aku sendiri. Mungkin mereka mahu lihat aku senang. Bagi aku, sekarang ini aku sudah cukup selesa. Walaupun kadang-kala aku merasakan diri aku agak kesempitan tapi aku sudah cukup rasa gembira. Gembira? Entahlah.
"Hoi," sergah Sufi diiringi hayunan telapak tangannya tepat ke dahi ku.
"Ape yang ko dok menung ni? Dah tak reti nak balik ke? Aku nak tutup kedai ni," dia membebel.
"Sakit la burit!"
"Tau sakit. Sakit mate aku dok tengok ko tercongok depan kedai ni ko tak pikir pulak."
"Kalu ye pon takkan la sampai nak tampar dahi aku, bodoh!"
"Dah-dah. Ko gi duduk luar jap, amek kopi take away yang ko order tadi. Aku nak mop belah sini."
Aku bangun beralah. Makin lama melayan bebelan Sufi, makin pening aku dibuatnya. Aku capai kopi ku yang sudah tersedia di kaunter. Aku hirup perlahan-lahan, menikmati aroma dan rasa pahitnya. Segar. Sedikit sebanyak menghilangkan sedikit sebanyak rasa pening di kepala ku.

to be continued..

Monday, May 10, 2010

Promise For A Bullet

PROMISE FOR A BULLET
By Wazir Bakri

PROLOG

Titisan hujan yang seakan-akan segan silu untuk melimpah membasahi seluruh tubuhku. Aku membuka mataku perlahan-lahan. Kabur. Yang dapat kulihat hanyalah nyalaan api yang marak hasil dari letupan sederet kereta-kereta mewah yang aku letupkan semasa awal ketibaan ku tadi. My grand opening for a show. Aku masih hidup. Masih lagi mampu bernafas tetapi tidak berdaya untuk bangkit berdiri, seluruh anggota badan ku lemah selepas tercampak dari bumbung gudang Dato' K akibat letupan grenade tadi. Mujurlah susunan kotak terpakai yang tersusun rapi di sudut gudang ini menyelamatkan aku. Kalau tidak sudah pasti segala isi kepalaku sudah bersepai ketika ini. Telinga aku masih lagi berdesing akibat ledakan grenade tadi. Dalam sayup-sayup kedengaran jeritan maki hamun Dato’ K kepada beruk-beruknya dan juga beberapa das tembakan. Mengamuk agaknya orang tua keparat tu.
Aku kutip semula Glock ku yang tercampak tadi dan gagahkan diriku untuk berdiri, mencari tempat berlindung untuk sementara waktu. Memikirkan apakah strategi seterusnya. Kehadiran aku kali ini bukannya untuk mengutip upah dari majikanku atau mencari tugasan baru, tapi untuk aku kotakan janji yang aku buat 15 tahun lalu. Aku sudah lupa apa yang menyebabkan aku membuat janji sedemikian. Yang aku ingat ketika itu kami sedang bertikam lidah, bertegang urat dan diakhir peperangan aku tewas dan aku ungkapkan, “I’ll take a bullet into my chest if i have to”. Bodoh! Buat janji yang bukan-bukan. Tapi janji tetap janji, aku tidak mahu tergolong dalam golongan orang munafik. Aku tidak mahu berbaris satu line dengan golongan yang akan masuk neraka, walaupun aku sendiri belum terjamin untuk masuk syurga.
Di belakang stor kecil bersebelahan dengan gudang menjadi tempat untuk aku bersandar untuk sementara waktu. Mengumpul tenaga untuk pusingan kedua. Sedang aku bersandar, aku terasa perit di bahagian abdomenku. Ah, sudah. Jahitan luka lama ku terbuka dan semakin parah. Hadiah dari Pak Misai Kerambit, orang kanan Orang Kaya Puteh semasa aku cuba untuk menjalankan tugasku untuk menghantar Orang Kaya Puteh ke pintu neraka. Luka ku semakin menyengat ditambah pula dengan cebisan zink yang melekat semasa ia berterbangan disebabkan letupan di atas bumbung tadi. Sial!
Dalam sakit-sakit sempat lagi aku tersenyum apabila teringat gelagat dua ekor beruk bengap sebelum aku tercampak tadi. Sekilas pandang aku terperasan Si Beruk 1 menepuk dahi Si Beruk 2 kerana kebodohannya melempar grenade di atas bumbung. Aku teringat pesan Dato’ K kepada anak-anak buahnya sebelum sesi memburu bermula, dia tidak mahu ada lagi sebarang letupan di sekitar gudangnya. Cukuplah sebuah Hummer H2 miliknya aku kecaikan. Dia tidak mahu lagi koleksinya yang lain menjadi mangsaku dan mangsa kebodohan beruk-beruk peliharaannya.

* * * * *

“Bodoh!”, maki Dato’ K.
“Kerja yang senang pun tak boleh nak buat”, sambungnya lagi. Si Beruk 1 menangis teresak-esak merayu kepada majikannya supaya tidak diperlakukan seperti Si Beruk 2. Akibat kebodohannya, Si Beruk 2 mendapat habuan yang agak tidak setimpal. Dua di dada, satu di kepala.
“Pastikan korang tak buat kesilapan yang sama. Faham!”, pesan Dato’ K diiringi anggukan bodoh beruk-beruk peliharaannya.
Aku mengambil kesempatan ini mengira saki baki askar-askar beruk Dato’ K. Tapi kenapa aku rasa macam ada yang tidak kena? Seperti ada yang kurang. Di mana agaknya Sasquatch? Selalunya dia sentiasa ada di sisi Dato’ K.
Huh, Sasquatch. Aku cukup menyampah bila aku terpandang riak wajah ‘aku best’nya. Sasquatch atau Salman, seorang yang tegap, tinggi dan kuat. Tapi agak lembab dan kurang cermat. Aku memanggilnya Sasquatch kerana badannya penuh bulu. Beruk keturun Punjabi ni nampak saja bengis tapi dalam hati ada taman. Aku tidak tahu apa masalah dia dengan aku. Sering kali iri hati denganku. Dia orang penting Dato’ K, kenapa perlu iri hati dengan aku. Mungkin sebab cara Dato’ K melayan aku seperti anak emas agaknya sejak aku mula berkhidmat dengannya. Ah, lantaklah kau Sasquatch.
Aku masih lagi terhendap-hendap mencari peluang untuk masuk semula ke dalam gudang. Semua ceruk ada saja beruk yang mengawal. Sedang aku asyik mengendap, tiba-tiba terdengar satu suara yang sangat familiar.
“Cari apa bang?”, dengan nada perlahan.
“Ah, Shit”, sumpahku. Sasquatch rupanya.
Hayunan keras ke kepala dan akhirnya aku tumbang tidak sedarkan diri.